Thursday, September 3, 2009

Group 2 - Maxis




Pemasaran 2

Kertas Kerja

Ahli

Wan Ahmad Razmi bin Wan Nor Azman (DP0309001)
Tan Xing Ying (DP0309026)
Fatin Syazwani binti (DP0309006)
Mohamad Amin bin Naina Mohamad (DP0309044)
Mohamad Nur Akmal (DP0309055)
Priya
Kaarthik A/L Appalanaidu




INTRODUCTION

Pembangunan dunia komunikasi di seluruh dunia semakin berkembang hampir di mana-mana. Ini termasuk juga di Malaysia yang telah maju dalam dunia teknologi komunikasi. Komunikasi boleh didefinisikan dalam pelbagai maksud, tetapi definisi utamnya ialah, alat/perkakas/organ yang digunakan menyampaikan pesanan kepada individu atau kepada pihak yang dikehendaki. Maxis, nama komunikasi yang telah julang namanya di persada dunia dengan perkhidmatan komunikasi yang terulung di Malaysia, telah memperkenalkan Hotlink sebagai produk mereka yang terdiri daripada pelbagai servis yang ditawarkan.

LATAR BELAKANG

Dibangunkan oleh seorang dari masyarakat India yang bijak berniaga bernama Tan Sri Anandha Krishnan pada tahun 1995. Pada permulaannya, beliau mempunyai banyak masalah iaitu dalam melaburkan modalnya untuk perniagaannya. Juga pada ketika itu, tidak ramai masyarakat yang menggunakan telefon bimbit pra-bayar dan lebih selesa menggunakan telefon rumah. Namun, perubahan teknologi sentiasa maju hadapan, dan beliau telah mengambil peluang untuk mempromosikan produk beliau iaitu Hotlink. Semakin hari, semakin ramai pengguna yang menggunakan telefon bimbit. Akhirnya, beliau telahpun mengecapi kejayaan dengan promosi yang banyak dan usaha yang tidak mengenal erti penat. Beliau dinobatkan antara 'Manusia Terkaya Di Malaysia' dengan hasil yang mengagumkan. Sekarang, beliau sedang memasarkan dan melebarkan rangkaian Maxis tersbut ke India dengan jumlah kos yang besar.

ANALISA 4P'S



PRODUK

Produk yang ditawarkan oleh Maxis ialah Hotlink. Hotlink ialah penghubung rangkaian antara satu telefon bimbit ke telefon bimbit yang lain. Produk ini menyerupai sebuah kad yang kecil yang dimuatkan ke dalam telefon bimbit, dipanggil Sim Card. Dengan kemasukkan kad kecil ini, rangkaian akan dimulakan antara pelanggan dan pihak syarikat Maxis. Setelah ia dimasukkan ke dalam slotnya, pelbagai fungsi boleh dimulakan, samada untuk membuat panggilan ataupun menghantar mesej pesanan ringkas, lebih mudah dipanggil 'SMS'. Juga Maxis telah menjalinkan hubungan dengan syarikat luar, seperti Apple, untuk mempromosikan produk iPod di Malaysia. Dengan kemajuan teknologi, Maxis sendiri telah mengeluarkan broadband tersendiri

PRICE

Harga yang ditawarkan oleh Hotlink boleh dikatakan berbaloi dan sesuai dengan perbelanjaan yang dikeluarkan. Harga biasa yang ditawarkan oleh Hotlink kepada pelanggan mereka ialah RM0.20 sen/seminit untuk panggilan dan RM0.05 sen/setiap helaian/hantaran mesej pesanan ringkas kepada individu yang dikehendaki. Ini tidak termasuk dengan bonus-bonus lain yang ditawarkan oleh Hotlink. Harga yang ditawarkan kepada pesaing atau rangkaian lain,contohnya Celcom dan Digi, berharga RM0.36 sen/seminit untuk panggilan dan RM0.10 sen untuk setiap helaian/mesej kepada individu yang dikehendaki.

PROMOTION

Hotlink sentiasa menganjurkan pelbagai acara untuk mempromosikan setiap kebaikkannya. Malah, Hotlink telahpun menjadi pelbagai penganjur untuk acara-acara tertentu seperti persembahan konsert. Hotlink telah memberi kemudahan kepada pengguna Maxis seperti contohnya, tiket yang murah untuk acara-acara yang dianjurkan sekaligus telah meningkatkan keuntungan secara tidak langsung. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan dalam Hotlink. Sekarang, Hotlink sedang panas mempromosikan 'Hotlink Youth Club' di mana pelanggan yang masih di alam remaja boleh membuat panggilan yang lebih murah kepada pelanggan Maxis dan juga kepada rangkaian lain. Selain itu, terdapat Activ10 dimana pelanggan boleh membuat panggilan serendah RM0.10 sen/minit untuk panggilan dan RM0.01 sen untuk setiap SMS. Dengan pengguna Hotlink sebanyak lebih 1 juta orang, pelanggan tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Ini telah menguntungkan kedua-dua pihak, iaitu pelanggan dan pihak Maxis sendiri.

PLACE

Lokasi pejabat utama Maxis terletak di bandar-bandar besar sebagai memudahkan semua pihak untuk bertanyakan soalan ataupun sebarang pendaftaran. Ini bertujuan untuk memudahkan pihak Maxis untuk berkomunikasi dengan pelanggan yang berbilang kaum. Malah, pada zaman sekarang, terdapat banyak tempat yang menawarkan servis kepada pelanggan biarpun di kawasan desa ataupun pedalaman. Maxis telahpun mengiktiraf antara pelanggan yang mahu menjadi pengedar servis dan perkhidmatan yang terletak di kawasan kedai-kedai runcit. Ini telahpun memudahkan pelanggan tanpa perlu pergi ke tempat-tempat utamanya yang terletak di tengah-tengah kawasan perbandaran. Seperti syarikat lain, Maxis juga mempunyai pejabat urusan yang utama yang terletak bersebelahan dengan Menara Berkembar KLCC yang dinamakan Menara Maxis di Kuala Lumpur. Lokasi menara tersebut sangat strategik kerana menghubungkan dengan Suria KLCC, iaitu sebuah Pusat Membeli-Belah Utama di Bandar Kuala Lumpur.

ANALISA SWOT

STRENGTH

Kekuatan Maxis terletak di pelanggannya di mana pengguna Maxis sangat ramai dan merangkumi hampir keseluruhan di pelusuk Malaysia. Malah, kekuatan Maxis yang menfokuskan keuntungan disamping memuaskan hati pelanggan juga telah membawa Maxis ke persada dunia. Kekuatan Maxis juga terletak di dalam pengaruhnya yang sangat kuat. Malah, lokasi Maxis juga banyak dan memudahkan para pelanggannya untuk berurusan dalam apa jenis urusan.

WEAKNESS

Walaupun Maxis mempertaruhkan kepelbagaian dalam produk mereka, iaitu Hotlink, namun setiap syarikat sudah tentu ada kelemahan. Berbanding dengan pesaing mereka, iaitu Celcom dan Digi, Maxis mempunyai kadar bayaran ke panggilan ke Celcom dan Digi yang lebih mahal berbanding kedua-dua rangkaian tersebut.

OPPORTUNITY

Peluang Maxis untuk memasarkan Hotlink ialah faktor umur sekarang, di mana hampir lebih 40 peratus remaja Malaysia menggunakan Maxis sebagai telekomunikasi pengantaraan mereka. Ini telah memberi peluang kepada pihak Maxis untuk terus mempromosikan kelebihan kepada para penggunanya yang ramai. Dengan itu, secara tidak langsung, Maxis telah mengeratkan hubungan antara pelanggan dan syarikat.

THREATS

Ancaman pesaing seringkali boleh merosakkan perniagaan. Jadi, pihak sesuatu syarikat harus menangani dengan bersaing dengan pihak lawan. Begitu juga untuk Maxis. Produk utamanya iaitu Hotnik dan Maxis Broadband sentiasa menghadapi masalah ancaman terutamanya syarikat telekomunikasi yang lain khususnya Celcom kerana kedua-dua syarikat ini mempunyai konsep yang sama. Jikalau ada kelainan antara kedua syarikat ini sekalipun, ia mungkin kelainan yang halus dan tidak nampak oleh pengguna.

ANALISA PEST

POLITICAL

Dunia politik penting untuk membangunkan negara. Maxis juga telah berkembang dan memasuki dunia politik memandangkan imej Maxis sungguh biasa didengari. Politik dan ekonomi saling berhubung-kait dalam industri perhubungan dan telekomunikasi. Maxis telah berkembang dengan pesat dan berjaya di Malaysia dan telah membuat diplomasi bersama negara lain dalam mengekalkan pelanggannya. Maxis juga telah membuat industri pembangunan industri telekomunikasi secara meluas di India buat masa kini. Ini bukti bahawa Maxis telahpun berjaya bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi juga berjaya menyebarkan imej yang baik bagi pihak Maxis itu sendiri

ECONOMIC

Ekonomi sentiasa dititikberatkan supaya pihak Maxis mudah memberikan kerjasama untuk pengguna. Penaikan atau penurunan harga Maxis adalah bergantung kepada kegunaan pelangan dan juga situasi ekonomi negara yang akan berubah dari semasa ke semasa. Oleh kerana itu, syarikat Maxis mengambil berat dalam kebajikan pelanggannya. Mereka juga memasarkan produk mereka dikala ekonomi sedang meningkat dan akan mengurangkannya dalam masa tertentu. Penjenamaan juga perlu membezakan satu keluaran dari keluaran yang lain bagi memudahkan pengguna Maxis mengenali produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

SOCIAL

Pergaulan sosial antara syarikat dengan pelanggannya sangat berguna kerana hubungan syarikat dengan pelanggan mampu untuk menambah keuntungan dari segi moral kerana pelanggan mungkin berasa dihargai. Dengan menganjurkan pelbagai acara seperti konsert, promosi jualan barangan elektronik seperti telefon bimbit yang dilengkapi dengan Sim Kad Hotlink atau dengan pelbagai bonus, sudah semestinya akan mewujudkan kepuashatian terhadap pelanggan.

TECHNOLOGY

Dalam era globalisasi ini, keperluan dan penggunaan teknologi makin laris dipergunakan dari umur kanak-kanak sehinggalah dewasa. Maxis, telahpun membuat kajian teknologi dan berjaya mengembangkannya mengikut peredaran masa. Seperti contohnya, hanya kad yang berdaftar penggunaan 3G atau WAP sahaja boleh menggunakan teknologi 3G atau panggilan video.

4 comments: