Friday, September 11, 2009

Sony Ericsson (GROUP 4)

SONY ERICSSONS

Nama Ahli Kumpulan :-

1)Faris Zulhilmi bin Ani (DPO908019)
2)Noor Hartini binti Hamid (DP0908002)
3)Noor Azlipah binti Abd Rashid (DP0309011)
4)Nur Aqila binti Abd Rahman (DP0309044)
5)michael Chin Kuok Kin (DP0309032)

LATARBELAKANG….

Sony ericsson adalah sebuah syarikat pengeluar produk yang berasakan telekomusikasi, iaitu telefon bimbit. Sony Ericsson ialah satu syarikat usaha sama yang ditubuhkan pada tahun 2001 oleh syarikat elektronik Jepun Sony Corporation dan syarikat telekomunikasi Sweden Ericsson untuk membuat telefon bimbit. Sebab utama yang dinyatakan bagi usaha sama tersebut adalah bagi menggabungkan kepakaran Sony dalam bidang elektronik pengguna dengan kepemimpinan teknologi Ericsson dalam sektor komunikasi. Nama ‘SONY ERICSSONS’ tidak asing lagi diseluruh dunia disebabkan penghasilan produk yang bermutu tinggi dan pelbagai serta memenuhi kehendak orang ramai pada masa kini. Walaubagaimanapun, SONY ERICSSONS mempunyai pesaing yang besar iaitu, NOKIA yang juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tetapi, ini tidak menjadi penghalang bagi SONY ERICSSONS untuk berdiri dengan megah dan angkuh dimata dunia.
Malahan, persaingan ini dianggap satu cabaran buat SONY ERICSSON untuk menghasilkan pelbagai lagi produk yang lebih moden dan canggih.



KONSEP 4P

Product

Produk yang dihasilkan oleh syarikat SONY ERICSSONS adalah pelbagai dari segi bentuk, ciri-ciri teknologi, dan memenuhi citarasa pengguna, terutama remaja pada masa kini. SONY ERICSSONS telah mengeluarkan model telefon bimbit yang pelbagai bentuk. Kepelbagaian itu membuatkan para pengguna dapat memilih dengan mudah. Bagi peminat muzik, terdapat model yang dikeluarkan hanya memfokuskan kearah muzik. Sebagai contoh, model telefon W910i WALKMAN telah mendapat sambutan hangat terutama dari golongan remaja yang mencintai seni muzik. Model ini mempunyai kekuatan dari segi bunyi yang, pencarian muzik yang berkesan dan pantas, bentuk yang stylish dan juga ianya seakan iPOD atau pemain muzik yang lain.
Qualiti yang diserapkan kedalam semua model SONY ERICSSONS tidak dapat dipersoalkan kerana ianya telah mendapat penganugerahan dari pihak yang tertentu.
Ini telah meningkatkan lagi kekuatan dan kelebihan kepada SONY ERICSSONS serta dapat memberikan tanggapan yang baik dan kepercayaan dari pengguna. Rekabentuk yang kelihatan menarik dan mewah juga menjadi salah satu faktor kelebihan. Kelebihan-kelebihan yang sedia ada ini telah digabungkan dengan ciri-ciri unik. Oleh itu, SONY ERICSSON telah mempamerkan atau mempromosikan produk baru mereka iaitu SONY ERICSSONC W995. Produk terbaru keluaran SONY ERICSSONS ini lebih melihatkan ciri-ciri muzik semata-mata seperti keluaran yang lepas, W910i. Akan tetapi, SONY ERICSSONS telah meningkatkan ciri-ciri tersebut dengan menambah fungsi terbaru, iaitu MOBILE MOVIE PLAYER. Ianya seumpama wayang yang dimainkan di telefon bimbit anda. Tidak perlu ke panggung wayang, hanya menekan tajuk cerita dan dengan serta merta ianya dapat ditonton melalui telefon bimbit anda walau dimana anda berada dan dalam apa jua keadaan. Dengan keluasan skrin yang mengagumkan, di tambah pula dengan bunyi yang memberangsangkan, pasti produk terbaru ini mendapat sambutan hangat dari para pengguna kerana teknologi yang diserapkan ini tidak terdapat pada mana-mana produk telefon bimbit yang lain. Selain itu, saiz model ini tidak terlalu besar dan boleh dikatakan mempunyai rekabentuk mewah. Rangkaian teknologi seperti EDGE, 3.5G, WLAN,dan NAVIGATOR telah diserapkan juga kedalam model W995 ini.



Berikut adalah spesifikasi yang lebih jelas tentang model W995:

Camera

• Auto focus
• Camera - 8.1 megapixel
• Digital Zoom - up to 16x
• Face detection
• Geo-tagging
• Image stabiliser
• Photo feeds
• Photo fix
• Photo flash
• Picture blogging
• Video blogging
• Video light
• Video recording
• Video stabiliser
Music

• 3.5 mm audio jack
• Album art
• Bluetooth™ stereo (A2DP)
• Clear bass
• Clear stereo
• Movies from PlayNow™ arena
• Music tones - MP3, AAC
• PlayNow™
• SensMe
• Shake control
• Stereo speakers
• TrackID™
• Walkman® player


Internet

• Access NetFront™ Web Browser
• WAP 2.0 XHTML
• Web feeds
Entertainment

• 3D games
• Java
• Media
• Motion gaming
• Radio - FM radio with RDS
• Video Clip
• Video streaming
• Walk Mate
• YouTube™
Connectivity

• aGPS
• Bluetooth™ technology
• DLNA Certified™
• Google Maps™
• Modem
• PictBridge
• Synchronisation PC
• USB mass storage
• USB support
• Wayfinder Navigator™
• WiFi™



Messaging

• Email
• Exchange ActiveSync®
• Instant messaging
• Picture messaging (MMS)
• Predictive text input
• Sound recorder
• Text messaging (SMS)
Communication

• Polyphonic ringtones
• Speakerphone
• Vibrating Alert
• Video call
Design

• Auto rotate
• Navigation key
• Picture wallpaper
• Wallpaper animation
Organiser

• Alarm clock
• Calculator
• Calendar
• Flight mode
• Notes
• Phone book
• Stopwatch
• Tasks
• Timer



PRICE


Harga yang ditetapkan keatas model W995 ini dapat diterima umum dan logik berdasarkan ciri-ciri yang diserapkan. Bagi promosi sempena pengeluaran yang pertama, SONY ERICSSON telah meletakkan harga yang rendah bagi percubaan model W995. Ini juga adalah salah satu promosi yang dilakukan bagi menarik minat para pengguna agar dapat membuka mata mereka dan sedar atas kewujudan model ini. Tidak seperti produk dan jenama telefon bimbit yang lain, SONY ERICSSON mempunyai nilai dan matlamat tersendiri, iaitu memberi kepuasan kepada para pengguna. Dengan harga yang berpatutan serta kelebihan yang diserapkan, para pengguna seharusnya tidak ragu-ragu untuk mencuba keluaran terbaru ini. Ianya tidak merugikan, malahan pasti menguntungkan. Selain itu, pengguna atau pelanggan juga dapat membuat pembayaran melalui kredit kad tanpa dikenakan bunga.


PLACE

Keluaran terbaru SONY ERICSSON ini telah diletakkan atau dipasarkan di tempat-tempat yang dapat membuatkan pengguna sedar akan kewujudan produk ini seperti di pasaraya. Sebagai contoh, KOMPLEKS YIK FOONG di IPOH adalah salah satu tempat dimana pengguna dapat mengetahui produk-produk terbaru SONY ERICSSON dipasarkan. Tempat ini boleh dikatakan strategik kerana ianya dikunjungi oleh golongan remaja dan dewasa. Bagi golongan yang meminati dan merupakan peminat setia kepada gadget-gadget yang canggih seperti model W995, mereka pasti teruja dan mempunyai keinginan untuk memilikinya. Selain itu, pasaraya UDA OCEAN (UO) juga merupakan salah sebuah pusat dimana model W995 di perkenalkan.


PROMOTION

Promosi yang dilakukan oleh SONY ERICSSON terhadap model terbaru ini pasti membuatkan pengguna berpuas hati. Ini kerana bagi keluaran pertama ini, harga yang diletakkan telah diberi potongan sebanyak 30%. Tambahan pula, terdapat barangan percuma seperti t-shirt, topi, beg dan juga tiket tambah nilai bernilai RM50.00 bagi 100 pelanggan pertama. Bagi pelanggan yang berikutnya, mereka hanya akan mendapat potongan harga. Selain itu, cabutan bertuah juga diadakan bagi membuatkan para pelanggan tertarik dan gembira serta berpuas hati. Promosi yang dilakukan adalah untuk 3 hari. Tidak seperti syarikat pengeluar telefon bimbit yang lain, mereka hanya memberikan potongan harga sebanyak 10%. Alternatif lain yang digunakan adalah seperti melaului televisyen, radio serta melalui keratan akhbar.




SWOT

STRENGHT

SONY ERICSSON bukanlah satu nama yang baru, malahan ianya sudah terkenal di persada dunia. Ianya sudah menjadi salah sebuah syarikat pengeluar telefon bimbit yang telah berdiri dengan teguh dan rapuh. Malahan, reputasi SONY ERICSSON dimata pelanggan adalah amat baik dan memberangsangkan. Ini menjadi salah satu kelebihan kepada SONY ERICSSON supaya dapat memasarkan produk-produk yang baru dengan mudah serta mendapat sambutan yang baik. Dalam arus globalisasi kini, dapat disaksikan permintaan keatas produk SONY ERICSSON semakin meningkat terutama dari golongan remaja. Kekuatan SONY ERICSSON tidak dapat diragukan lagi kerana ianya telah menjadi salah satu dari keperluan remaja atau pengguna pada masa kini.



WEAKNESS

Setiap produk yang dihasilkan pasti mempunyai kelemahan yang tersendiri. Bagi produk yang dihasilkan oleh SONY ERICSSON, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat kelemahan. Tetapi, ini tidak sedikit pun menjejaskan reputasi SONY ERICSSON, malahan ianya menjadi tunggak semangat kepada SONY ERICSSON untuk lebih berdaya saing menghasilkan produk yang bermutu tinggi dan memperbaiki kelemahan yang ada. Kelemahan yang di tonjolkan adalah tidak ketara, seperti kurang perlindungan hak cipta. Dengan adanya kekurangan ini, alternatif lain yang mengusahakan syarikat telefon bimbit dapat meniru produk yang dihasilkan. Selain itu, kos untuk membaik pulih jika telefon keluaran SONY ERICSSON mengalami sebarang kerosakkan adalah amat tinggi. Ini kerana barangan yang digunakan adalah mahal dan sukar didapati.

Oppurtunity

Dari segi peluang lebih kepada potensi untuk kita maju dalam pasaran.Apabila menilai peluang, kita harus nilai apa peluang kita dan produk kita untuk bersaing dalam pasaran. Contohnya, SONY ERICSSON analisis kekuatan syarikat dan produk pesaing.Dengan itu, sony dapat menghasilkan peluang yang lebih bagus daripada syarikat telekomunikasi lain. Misalnya, syarikat SONY ERICSSON mempunyai peluang dari segi rekabentuk bergaya atau model-model spesifikasi,dan ketahanan bateri (tahan lama)yang merupakan kehendak pelanggan kini.


Threat

Pada masa kini banyak ancaman dalam sesebuah perniagaan kerana itu pesaing adalah biasa dalam perniagaan.Antara contoh ancaman bagi SONY ERICSSON ialah semakin banyak jenama madal telefon atau telekomunokasi yang lebih canggih,tahan lasak,dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment